Thursday, 19 July 2018

KERJAYA SEBAGAI BEAUTY CONSULTANT MARY KAY

Assalamualaikum hai semua. Pada pagi jumaat yang damai ni zihan nk share permulaan zihan terjebak dlm dunia Mary Kay. Korang baca tau. Jgn tak baca, sedih zihan klu takde sapa baca. Hihi. 

Ok cerita dia camni, zihan kenal mary kay bulan 6 tahun 2017. Tu pun sebab manager kt ofis pakai produk tu. Then dia bawak beg mary kay, bwk lipstik n foundation bg kwn2 ofis yg lain try. Tp masa tu tak terasa pun nak pakai sbb tau yg brg2 tu semua mahal. ( dulu tak penah kisah pun psl kulit muka n makeup, kengkonon natural beauty la sgt). Sebelum ni nmpk kereta pink mary kay kt jalan raya pun x penah tau tu kereta mary kay. Hulu sgt kn.

Lepas habis pantang zayyan (ank ketiga) muka rasa kering sgt2. Untuk pengetahuan semua zihan adalah pengguna tegar tia amelia sejak zaman Uni lg. Mksudnye sejak tahun 2010. Tp makin lama pakai makin kering kulit muka. Setelah 7 tahun baru rasa nak mengkhianati produk tu. Zihan search produk2 yg tgh in skrg ni. Time tu banyak pulak produk yg Memey jd duta tu lalu lalang kt wall fb. Ape lg mula la terpengaruh kan. Ajak husband g beli kt kedai jamu. Nasib baik la time tu kedai tu takde stok. Yang ada cume cream siang dia je. Zihan yg sejenis tak penah tau apa2 psl skincare pun beli day cream tu. Pakai tu je campur dengan sabun papaya tia amelia. Makin kering kontang la kulit muka time tu. Da la pakai tak sampai sebulan da abis. 😑

Ok then one day kt ofis tengah borak2 zihan pun tanya rai ( pengguna Mary Kay sejak tahun 2014). " rai mary kay mahal tak? " pastu rai jwb  " memang mahal kak tp tahan lama, sy punye da 6 bulan baru nk abis ni". Masa tu dalam hati ckp wah jimat jugak tu. Then mula la sesi menggogle ape tu Mary Kay, produk mary kay, testimoni Mary Kay. Lama jugak la decide nak beli ni sebab yela brg mahal kan. Mestilah takut nk invest. Balik je rumah ptg tu terus tanya husband blh tak nk cube mary kay. Kebetulan isteri kepada kwn ofis dia adalah Beauty Consultant Mary Kay ( nama dia huda, dia la recruiter zihan skrg ni) Esoknye husband blk keje bawak sampel mary kay. Yeaay. Dpt smpel syok la kan. Blh try test dulu.

First time guna sampel tu rasa x selesa sgt sbb ade moisturizer, day solution, night solution. Bagi org yg tak pernah tepek ape2 kt muka selain cleanser n sunblock mmg rasa rimas ( aku la tu) .Tp at the same time lama2 pakai muka rasa licin sgt. Moist anjal2 gitu. 4 hari sampel tu bertahan then terus decide nak jumpa huda.

Sebelum huda terangkan satu2 produk dia tny zihan nak join jd ahli tak. Zihan jwb mestilah nak. ( zihan ni mmg suka bab2 bisnes dan memang tgh mencari side income). Bila huda terangkan psl member. Wah memang ternganga sbb berbaloi sgt klu join member. Dpt diskaun sehingga 50% tau. Giler ko klu xnk. Balik dr jumpe huda bincang dengan husband dua hari. Then terus decide nk jd member.

1 Januari 2018. Tarikh zihan berdftr sebagai beauty consultant Mary Kay. Zihan akan ingat tarikh ni sampai bila2 sebab sejak dari tarikh tu macam2 yang dah zihan capai dalam kerjaya ni dan kehidupan zihan jauh berubah daripada cantik kepada makin cantik + extra gojes. Haha. Drpd xde simpanan kepada ada extra income + boleh ada simpanan lg. Drpd x ramai kawan kepada ramai giler kwn dlm Mary Kay. Ya Allah terima kasih sebab pertemukan zihan dengan Mary Kay.

Korang yang rasa ragu2 dengan bisnes ni meh zihan nk nasihat. Percaya dan yakin apa yang korang rasa korang boleh buat. Dalam mary kay org yg x pndai ckp depan org pun blh jd org yg paling yakin bila berdepan dengan org ramai. Bisnes ni sgt senang sbb berkait rapat dengan wanita iaitu KECANTIKAN. Jom jadi bisnes partner zihan. Zihan akn ajar sampai korang dpt capai impian korang. Next entry zihan akn share pencapaian yang zihan dpt sepanjang 7 bulan bersama Mary Kay. Stay tune 😍

[Zihan Nordin]
017-7975852
Independent Beauty Consultant Mary kay
Please follow my
FB : Zihan Nordin
IG : Zihan.marykay

No comments:

Post a Comment

CARA NAK HILANGKAN PARUT JERAWAT BERLUBANG DENGAN SELAMAT!

Assalamualaikum and hai semua. Pernah tak u hadapi masalah yang rasa insecure bila nak keluar rumah without makeup. Sebab apa tau. sebaabbb ...